Saturday, May 25, 2013

Pengenalan kepada Perlaburan Hartanah.




Perlaburan hartanah adalah perlaburan yang di lakukan terhadap hartanah dan hartanah tersebut boleh jadi rumah, apartment, rumah flat, rumah kedai, lot kedai, bangunan , tanah kosong dan tanah pertanian. Anda bebas untuk melabur dalam apa jua bentuk hartanah asalkan anda ada duit untuk berbuat demikian.

Perlaburan hartanah mempunyai potensi  yang tinggi untuk memberi anda keuntungan dalam jangka masa panjang dan juga dalam jangka masa pendek. Ini kerana hartanah adalah harta yang laku di jual jika kena dengan strategi jualan dan harga hartanah biasanya meningkat daripada setahun ke setahun.
Jika anda cukup bijak membeli rumah di kawasan stesen LRT yang bakal di bina dan siap dalam masa beberapa tahun, harga rumah anda ketika stesen LRT siap mungkin akan meningkat lebih daripada 200 % daripada harga asal yang anda beli. Secara tidak langsung, anda akan dapat pulangan yang lumayan apabila anda menjual rumah anda kelak.



Perlaburan hartanah juga memerlukan daya fokus dan pengetahuan yang tinggi untuk menjana keuntungan yang tinggi kerana apa sahaja mungkin berlaku dalam dunia hartanah. Contohnya, ekonomi dunia tiba – tiba sahaja jatuh dan ramai orang menjadi penganggur. Apabila ramai orang tidak ada kerja, harga hartanah akan jatuh kerana kurangnya permintaan. Ketika ini berlaku, anda perlu pandai mengambil kesempatan dengan membeli hartanah pada harga murah dan simpan ia untuk perlaburan jangka masa panjang.

 Untuk menjana keuntungan yang tinggi menerusi perlaburan hartanah, anda perlu ada strategi dan perlu pandai membaca aliran tunai anda. Contohnya jika anda membeli rumah untuk tujuan sewa, pastikan duit ansuran bulanan kepada bank adalah lebih kurang daripada harga sewa rumah anda. Jika harga sewa tinggi, anda akan dapat keuntungan dan jika harga sewa rendah anda perlu menanggung beban pada setiap bulan.

Akhir sekali, perlaburan hartanah bukanlah perlaburan yang anda boleh lakukannya tanpa ada ilmu pengetahuan. Anda perlu ada ilmu dan ada strategi, barulah anda boleh menjana keuntungan daripada perlaburan hartanah.

No comments:

Post a Comment