Saturday, May 25, 2013

Kontroversi Perlaburan Emas


Emas adalah antara objek yang mahal harganya. Nilai emas sentiasa kekal tinggi sejak daripada zaman dahulu lagi di sebabkan seluruh dunia iktiraf emas sebagai barang yang berharga.

Perlaburan emas bermula apabila harga emas di ikat dengan keadaan pasaran di mana harga emas boleh meningkat dan menurun. Kadangkala harga emas bergantung kepada lokasi dan pembekal itu sendiri. Apabila harga emas boleh berubah – ubah, maka anda boleh buat duit dengannya

Contoh terbaik untuk buat duit melalui perlaburan emas adalah anda beli emas pada harga murah dan anda menjualnya kembali ketika harga emas sedang meningkat.



Walaupun perlaburan emas boleh memberi anda keuntungan yang lumayan,  ia tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan perlaburan emas yang boleh mencetuskan kontroversi adalah: 

1.       Emas adalah harta yang anda tidak boleh gunakan. Jika anda membeli hartanah, anda boleh gunakan hartanah tersebut. Berbeza dengan emas, anda tidak boleh gunakan emas tersebut melainkan untuk perhiasan sahaja.

2.       Harga emas yang di jual oleh pembekal emas adalah berbeza – beza. Ramai orang terperangkap dengan membeli emas pada harga yang tinggi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih rendah.

3.     Ramai orang rugi dalam perlaburan emas kerana mereka tidak sabar untuk menuai pendapatan. Biasanya perlaburan emas memerlukan anda untuk menyimpan emas tersebut selama setahun ke atas sebelum anda dapat menjualnya pada harga yang tinggi. Perlaburan emas bukanlah untuk mereka yang memerlukan wang segera kerana anda tidak akan dapat hasilnya pada masa yang singkat. 

       4.      Perlaburan emas selalu di salah anggap sebagai perlaburan yang boleh menjadikan anda kaya raya. Untuk dapat hasil yang banyak, anda perlu beli emas pada kuantiti yang banyak dan ia memerlukan belanja yang banyak juga.

Kesimpulan untuk perlaburan emas adalah, perlaburan emas boleh memberi anda keuntungan yang lumayan. Namun, anda perlu ada ilmu bagaimana hendak laksanakannya supaya anda tidak rugi di kemudian hari




No comments:

Post a Comment