Saturday, May 25, 2013

7 Tip Berniaga Di Facebook.




Bagi anda yang ingin berniaga di facebook, anda boleh rujuk 7 tip di bawah untuk meningkatkan jualan bagi perniagaan anda.



Tip berniaga di facebook pertama : Gunakan grafik.

Grafik lebih menarik perhatian daripada teks. Oleh itu, perbanyakkan bahan promosi dalam bentuk poster dan jualan anda pasti meningkat dengan tinggi.

Tip berniaga di facebook kedua : Gunakan fanpage.

Jangan hanya berniaga menggunakan akaun facebook profail anda sahaja. Sebaliknya anda perlu pastikan setiap produk yang anda jual mempunyai fanpage sendiri. Adanya fanpage memudahkan anda untuk berurusan dan melebarkan pengaruh produk anda.

Tip berniaga di facebook ketiga : Sentiasa berhemah ketika melayan pelanggan.

Di facebook, ada pelanggan yang akan bertanya dengan ayat yang baik dan ada juga yang akan bertanya dengan ayat yang kurang baik. Anda jangan cepat melatah. Sebaliknya anda layan setiap pertanyaan secara professional. Gunakan ayat yang mudah di fahami.

Tip berniaga di facebook Keempat : Jangan berhenti lakukan promosi.

Untuk memastikan aktiviti berniaga di facebook anda berjaya, anda perlu sentiasa melakukan promosi untuk produk anda. Walaupun tidak ada jualan, anda tetap perlu istiqamah melakukan promosi pada setiap hari. Semakin anda fokus, semakin banyak jualan yang anda akan dapat.

Tip berniaga di facebook kelima : Gunakan facebook ads.

Cara paling mudah dan tepat untuk promosikan produk anda di facebook adalah melalui facebook ads. Facebook ads akan memastikan anda mengiklankan produk kepada  lebih ramai pengguna facebook pada masa yang sekejap.

Tip Berniaga di facebook keenam : Letakkan harga yang logik.

Sentiasa letakkan harga produk anda pada harga yang kompetitif di mana tidak terlalu mahal untuk pengguna facebook membelinya. Selain itu, anda perlu pandai mencipta promosi untuk produk anda.

Tip berniaga di facebook ketujuh : Letakkan cara untuk pelanggan hubungi anda.

Pengguna facebook di Malaysia lebih suka melakukan urusan melalui sms, telefon, whatsapps dan aplikasikan instant mesej yang lain berbanding menghantar private mesej kepada anda.

Buat Duit Dengan Kerja Dari Rumah.



Kerja dari rumah adalah alternatif kepada mereka yang inginkan pendapatan lebih menerusi kerja separuh masa. Selepas penat bekerja pada siang hari, anda pasti tidak mahu melakukan kerja part time yang memenatkan untuk mendapatkan wang lebih. 
Selain kerja part time, kerja dari rumah juga boleh di amalkan suri rumah, penganggur, mereka yang berminat dengan dunia perniagaan dan pelajar yang sedang bercuti.

Kerja dari rumah paling mudah yang anda boleh lakukan adalah menjalankan perniagaan internet. Antara perniagaan internet yang anda boleh laksanakan dari rumah adalah menjual produk fizikal, menjual produk digital dan menjual produk perkhidmatan.



Menjual produk Fizikal.

Menjual produk fizikal adalah menjual produk berbentuk fizikal kepada pengguna – pengguna internet.  Antara contoh produk fizikal adalah vitamin, pembersih muka, baju bola dan kasut. Anda boleh lakukannya secara affiliate, dropship atau anda menjual produk fizikal anda sendiri. Produk fizikal mempunyai permintaan yang banyak di internet.

Menjual produk digital.

Produk Digital yang boleh di jual adalah maklumat dalam bentuk ebook, video dan MP3. Selain itu, anda juga boleh menjual hasil foto anda, hasil grafik dan hasil seni yang lain.

Menjual produk Perkhidmatan.

Antara perkhidmatan yang anda boleh jual di internet adalah menjual perkhidmatan printing, menulis, mencipta grafik dan melakukan promosi untuk peniaga yang lain.

Untuk memastikan usaha buat duit dengan kerja dari rumah anda berjaya, berikut ada beberapa tip untuk anda ikut:

  1. Sediakan ruang untuk anda bekerja.
  2. Tetapkan jadual bekerja dan pastikan anda ikut jadual tersebut.
  3. Sediakan rancangan perniagaan untuk perniagaan internet anda.
  4. Pastikan anda ada ilmu yang cukup untuk meluaskan perniagaan internet anda.
  5. Gunakan modal yang anda mampu. Jangan sesekali percaya kepada perkara hype dan perkara yang menjanjikan kekayaan segera.
  6. Sentiasa percaya setiap usaha perlu bermula daripada bawah.
  7. Jangan berputus asa selagi anda tidak berjaya.
  8. Sentiasa dahagakan ilmu.



Cara Berniaga Tanpa Modal.



 Berniaga tanpa modal bukanlah sesuatu yang mustahil pada zaman internet.Terdapat banyak cara dan kaedah untuk anda memulakan aktiviti berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal. Di bawah saya senaraikan beberapa cara berniaga tanpa modal.



Cara pertama berniaga tanpa modal : Perniagaan affiliate.

Perniagaan affiliate di internet adalah cara termudah untuk anda berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal.  Caranya  adalah anda cari penjual produk yang menyediakan peluang menjadi affiliate untuk produk mereka dan  anda jual produk tersebut sebagai agen.

Kelebihan perniagaan affiliate paling nyata adalah anda tidak bertanggungjawab terhadap pelanggan. Anda cuma perlu lakukan promosi dan proses selepas jualan akan di uruskan pemilik produk. Anda akan dapat keuntungan berdasarkan nilai komisyen yang telah di tetapkan pemilik produk.

Cara Kedua berniaga tanpa modal : Program dropship

Program dropship sama seperti  perniagaan affiliate di mana anda hanya bertindak sebagai agen. Perbezaan antara dropship dan affiliate adalah affiliate memerlukan anda untuk promosikan link sahaja manakala dropship memerlukan anda untuk membuka kedai anda sendiri di internet.

Berikut adalah cara anda berniaga tanpa modal menerusi program dropship:

  1. Anda cari pembekal produk dan dapatkan harga untuk dropship.
  2. Anda buka kedai dan promosikan produk dropship. Segala pertanyaan daripada pelanggan, anda perlu jawab dan layan.
  3. Pelanggan membeli produk anda.
  4. Anda membeli produk daripada pembekal pada harga agen dan lebihan wang yang anda dapat daripada pelanggan adalah keuntungan bagi pihak anda.
  5. Pembekal akan menghantar produk kepada pelanggan anda.
Cara ketiga berniaga tanpa modal : Perniagaan perkhidmatan.

Anda tawarkan perkhidmatan yang anda mahir. Contohnya menulis, mencipta grafik, melukis dan membuat video. Perniagaan perkhidmatan tidak memerlukan anda untuk keluarkan modal kerana anda boleh gunakan platform percuma seperti forum, blogspot dan facebook sebagai tapak perniagaan anda.

Ketiga – tiga cara yang saya senaraikan di atas adalah cara yang efektif untuk anda memulakan perniagaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Selamat mencuba.

Kontroversi Perlaburan Emas


Emas adalah antara objek yang mahal harganya. Nilai emas sentiasa kekal tinggi sejak daripada zaman dahulu lagi di sebabkan seluruh dunia iktiraf emas sebagai barang yang berharga.

Perlaburan emas bermula apabila harga emas di ikat dengan keadaan pasaran di mana harga emas boleh meningkat dan menurun. Kadangkala harga emas bergantung kepada lokasi dan pembekal itu sendiri. Apabila harga emas boleh berubah – ubah, maka anda boleh buat duit dengannya

Contoh terbaik untuk buat duit melalui perlaburan emas adalah anda beli emas pada harga murah dan anda menjualnya kembali ketika harga emas sedang meningkat.



Walaupun perlaburan emas boleh memberi anda keuntungan yang lumayan,  ia tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan perlaburan emas yang boleh mencetuskan kontroversi adalah: 

1.       Emas adalah harta yang anda tidak boleh gunakan. Jika anda membeli hartanah, anda boleh gunakan hartanah tersebut. Berbeza dengan emas, anda tidak boleh gunakan emas tersebut melainkan untuk perhiasan sahaja.

2.       Harga emas yang di jual oleh pembekal emas adalah berbeza – beza. Ramai orang terperangkap dengan membeli emas pada harga yang tinggi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih rendah.

3.     Ramai orang rugi dalam perlaburan emas kerana mereka tidak sabar untuk menuai pendapatan. Biasanya perlaburan emas memerlukan anda untuk menyimpan emas tersebut selama setahun ke atas sebelum anda dapat menjualnya pada harga yang tinggi. Perlaburan emas bukanlah untuk mereka yang memerlukan wang segera kerana anda tidak akan dapat hasilnya pada masa yang singkat. 

       4.      Perlaburan emas selalu di salah anggap sebagai perlaburan yang boleh menjadikan anda kaya raya. Untuk dapat hasil yang banyak, anda perlu beli emas pada kuantiti yang banyak dan ia memerlukan belanja yang banyak juga.

Kesimpulan untuk perlaburan emas adalah, perlaburan emas boleh memberi anda keuntungan yang lumayan. Namun, anda perlu ada ilmu bagaimana hendak laksanakannya supaya anda tidak rugi di kemudian hari




Pengenalan kepada Perlaburan Hartanah.




Perlaburan hartanah adalah perlaburan yang di lakukan terhadap hartanah dan hartanah tersebut boleh jadi rumah, apartment, rumah flat, rumah kedai, lot kedai, bangunan , tanah kosong dan tanah pertanian. Anda bebas untuk melabur dalam apa jua bentuk hartanah asalkan anda ada duit untuk berbuat demikian.

Perlaburan hartanah mempunyai potensi  yang tinggi untuk memberi anda keuntungan dalam jangka masa panjang dan juga dalam jangka masa pendek. Ini kerana hartanah adalah harta yang laku di jual jika kena dengan strategi jualan dan harga hartanah biasanya meningkat daripada setahun ke setahun.
Jika anda cukup bijak membeli rumah di kawasan stesen LRT yang bakal di bina dan siap dalam masa beberapa tahun, harga rumah anda ketika stesen LRT siap mungkin akan meningkat lebih daripada 200 % daripada harga asal yang anda beli. Secara tidak langsung, anda akan dapat pulangan yang lumayan apabila anda menjual rumah anda kelak.



Perlaburan hartanah juga memerlukan daya fokus dan pengetahuan yang tinggi untuk menjana keuntungan yang tinggi kerana apa sahaja mungkin berlaku dalam dunia hartanah. Contohnya, ekonomi dunia tiba – tiba sahaja jatuh dan ramai orang menjadi penganggur. Apabila ramai orang tidak ada kerja, harga hartanah akan jatuh kerana kurangnya permintaan. Ketika ini berlaku, anda perlu pandai mengambil kesempatan dengan membeli hartanah pada harga murah dan simpan ia untuk perlaburan jangka masa panjang.

 Untuk menjana keuntungan yang tinggi menerusi perlaburan hartanah, anda perlu ada strategi dan perlu pandai membaca aliran tunai anda. Contohnya jika anda membeli rumah untuk tujuan sewa, pastikan duit ansuran bulanan kepada bank adalah lebih kurang daripada harga sewa rumah anda. Jika harga sewa tinggi, anda akan dapat keuntungan dan jika harga sewa rendah anda perlu menanggung beban pada setiap bulan.

Akhir sekali, perlaburan hartanah bukanlah perlaburan yang anda boleh lakukannya tanpa ada ilmu pengetahuan. Anda perlu ada ilmu dan ada strategi, barulah anda boleh menjana keuntungan daripada perlaburan hartanah.

Monday, May 20, 2013

Cara Mudah Hafal Ayat Al Quran



Sebelum kita pergi ke teknik cara mudah hafal ayat Al Quran, saya ingin menerangkan kelebihan orang yang menghafal Al Quran (Al Hafiz)  ialah:


  •  Ganjaran di dunia
  •  Ganjaran di akhirat



Ganjaran di alam dunia:

1.       Penghafaz Al Quran adalah VVVIP Allah di dunia
2.       Penghafaz Al Quran juga diangkat sebagai pemimoin
3.       Penghafaz Al Quran mendapat pengiktirafan Nabi SAW
4.       Al Quran menjanjikan kebaikan


Ganjaran di akhirat

1.       Ibu bapa penghafaz Al Quran mendapat kemuliaan
2.       Penghafaz Al Quran akan mendapat syafaat
3.       Penghafaz Al Quran akan mendapat bonus berlipat kali ganda


Teknik Cara Mudah Hafal Ayat/Surah Al Quran

1.       Baca ayat pertama sebanyak 20X
2.       Baca ayat kedua 20X
3.       Baca ayat ketiga 20X
4.       Baca ayat keempat 20X


Baca secara sambung ayat 1 hingga 4 sebanyak 20X
5.       Baca ayat kelima 20x
6.       Baca ayat keenam 20x
7.       Baca ayat ketujuh 20x
8.       Baca ayat kelapan 20x

Baca secara sambung ayat 5 hingga 8 sebanyak 20x..kemudian baca ayat 1 hingga 8 sebanyak 20x.

Tidak perlu untuk menghafal sesuatu surah dalam masa sehari jika surah itu terlalu panjang. Ulang teknik diatas sehingga berjaya menghafalnya.