Saturday, May 25, 2013

7 Tip Berniaga Di Facebook.




Bagi anda yang ingin berniaga di facebook, anda boleh rujuk 7 tip di bawah untuk meningkatkan jualan bagi perniagaan anda.



Tip berniaga di facebook pertama : Gunakan grafik.

Grafik lebih menarik perhatian daripada teks. Oleh itu, perbanyakkan bahan promosi dalam bentuk poster dan jualan anda pasti meningkat dengan tinggi.

Tip berniaga di facebook kedua : Gunakan fanpage.

Jangan hanya berniaga menggunakan akaun facebook profail anda sahaja. Sebaliknya anda perlu pastikan setiap produk yang anda jual mempunyai fanpage sendiri. Adanya fanpage memudahkan anda untuk berurusan dan melebarkan pengaruh produk anda.

Tip berniaga di facebook ketiga : Sentiasa berhemah ketika melayan pelanggan.

Di facebook, ada pelanggan yang akan bertanya dengan ayat yang baik dan ada juga yang akan bertanya dengan ayat yang kurang baik. Anda jangan cepat melatah. Sebaliknya anda layan setiap pertanyaan secara professional. Gunakan ayat yang mudah di fahami.

Tip berniaga di facebook Keempat : Jangan berhenti lakukan promosi.

Untuk memastikan aktiviti berniaga di facebook anda berjaya, anda perlu sentiasa melakukan promosi untuk produk anda. Walaupun tidak ada jualan, anda tetap perlu istiqamah melakukan promosi pada setiap hari. Semakin anda fokus, semakin banyak jualan yang anda akan dapat.

Tip berniaga di facebook kelima : Gunakan facebook ads.

Cara paling mudah dan tepat untuk promosikan produk anda di facebook adalah melalui facebook ads. Facebook ads akan memastikan anda mengiklankan produk kepada  lebih ramai pengguna facebook pada masa yang sekejap.

Tip Berniaga di facebook keenam : Letakkan harga yang logik.

Sentiasa letakkan harga produk anda pada harga yang kompetitif di mana tidak terlalu mahal untuk pengguna facebook membelinya. Selain itu, anda perlu pandai mencipta promosi untuk produk anda.

Tip berniaga di facebook ketujuh : Letakkan cara untuk pelanggan hubungi anda.

Pengguna facebook di Malaysia lebih suka melakukan urusan melalui sms, telefon, whatsapps dan aplikasikan instant mesej yang lain berbanding menghantar private mesej kepada anda.