Saturday, May 25, 2013

Cara Berniaga Tanpa Modal.



 Berniaga tanpa modal bukanlah sesuatu yang mustahil pada zaman internet.Terdapat banyak cara dan kaedah untuk anda memulakan aktiviti berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal. Di bawah saya senaraikan beberapa cara berniaga tanpa modal.



Cara pertama berniaga tanpa modal : Perniagaan affiliate.

Perniagaan affiliate di internet adalah cara termudah untuk anda berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal.  Caranya  adalah anda cari penjual produk yang menyediakan peluang menjadi affiliate untuk produk mereka dan  anda jual produk tersebut sebagai agen.

Kelebihan perniagaan affiliate paling nyata adalah anda tidak bertanggungjawab terhadap pelanggan. Anda cuma perlu lakukan promosi dan proses selepas jualan akan di uruskan pemilik produk. Anda akan dapat keuntungan berdasarkan nilai komisyen yang telah di tetapkan pemilik produk.

Cara Kedua berniaga tanpa modal : Program dropship

Program dropship sama seperti  perniagaan affiliate di mana anda hanya bertindak sebagai agen. Perbezaan antara dropship dan affiliate adalah affiliate memerlukan anda untuk promosikan link sahaja manakala dropship memerlukan anda untuk membuka kedai anda sendiri di internet.

Berikut adalah cara anda berniaga tanpa modal menerusi program dropship:

  1. Anda cari pembekal produk dan dapatkan harga untuk dropship.
  2. Anda buka kedai dan promosikan produk dropship. Segala pertanyaan daripada pelanggan, anda perlu jawab dan layan.
  3. Pelanggan membeli produk anda.
  4. Anda membeli produk daripada pembekal pada harga agen dan lebihan wang yang anda dapat daripada pelanggan adalah keuntungan bagi pihak anda.
  5. Pembekal akan menghantar produk kepada pelanggan anda.
Cara ketiga berniaga tanpa modal : Perniagaan perkhidmatan.

Anda tawarkan perkhidmatan yang anda mahir. Contohnya menulis, mencipta grafik, melukis dan membuat video. Perniagaan perkhidmatan tidak memerlukan anda untuk keluarkan modal kerana anda boleh gunakan platform percuma seperti forum, blogspot dan facebook sebagai tapak perniagaan anda.

Ketiga – tiga cara yang saya senaraikan di atas adalah cara yang efektif untuk anda memulakan perniagaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment