Bagi anda yang ingin berniaga di facebook, anda boleh rujuk
7 tip di bawah untuk meningkatkan jualan bagi perniagaan anda.
Tip berniaga di facebook pertama : Gunakan grafik.
Grafik lebih menarik perhatian daripada teks. Oleh itu, perbanyakkan
bahan promosi dalam bentuk poster dan jualan anda pasti meningkat dengan
tinggi.
Tip berniaga di facebook kedua : Gunakan fanpage.
Jangan hanya berniaga menggunakan akaun facebook profail
anda sahaja. Sebaliknya anda perlu pastikan setiap produk yang anda jual
mempunyai fanpage sendiri. Adanya fanpage memudahkan anda untuk berurusan dan
melebarkan pengaruh produk anda.
Tip berniaga di facebook ketiga : Sentiasa berhemah ketika
melayan pelanggan.
Di facebook, ada pelanggan yang akan bertanya dengan ayat
yang baik dan ada juga yang akan bertanya dengan ayat yang kurang baik. Anda
jangan cepat melatah. Sebaliknya anda layan setiap pertanyaan secara
professional. Gunakan ayat yang mudah di fahami.
Tip berniaga di facebook Keempat : Jangan berhenti lakukan
promosi.
Untuk memastikan aktiviti berniaga di facebook anda berjaya,
anda perlu sentiasa melakukan promosi untuk produk anda. Walaupun tidak ada
jualan, anda tetap perlu istiqamah melakukan promosi pada setiap hari. Semakin
anda fokus, semakin banyak jualan yang anda akan dapat.
Tip berniaga di facebook kelima : Gunakan facebook ads.
Cara paling mudah dan tepat untuk promosikan produk anda di
facebook adalah melalui facebook ads. Facebook ads akan memastikan anda
mengiklankan produk kepada lebih ramai
pengguna facebook pada masa yang sekejap.
Tip Berniaga di facebook keenam : Letakkan harga yang logik.
Sentiasa letakkan harga produk anda pada harga yang
kompetitif di mana tidak terlalu mahal untuk pengguna facebook membelinya.
Selain itu, anda perlu pandai mencipta promosi untuk produk anda.
Tip berniaga di facebook ketujuh : Letakkan cara untuk
pelanggan hubungi anda.
Pengguna facebook di Malaysia lebih suka melakukan urusan
melalui sms, telefon, whatsapps dan aplikasikan instant mesej yang lain
berbanding menghantar private mesej kepada anda.